BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

" KEINDAHAN BULAN SYAABAN "



Rejab sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Beruntunglah mereka yang mengambil peluang pada bulan rejab dengan melakukan amal kebajikan. Kini muncul pula bulan syaaban. Bulan rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan syaaban pula adalah kesempatan kita untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala bulan ramadan adalah bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Keutamaan syaaban:

Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima. Rasulullah bersabda yang bermaksud: barang siapa yang membesarkan syaaban dan bertakwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

AMALAN PADA BULAN SYAABAN

1 ) memperbanyakkan puasa sunat iaitu pada hari isnin dan khamis
2 ) perbanyakkan doa, zikir, dan berselawat ke atas nabi
3 ) memohon taubat

MALAM NISFU SYAABAN

Malam 15 syaaban, pada malam tersebut umat Islam digalakkan untuk memanfaatkan malam tersebut kerana penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab. Hari nisfu syaaban merupakan hari pertukaran buku catatan amalan kita selama setahun akan di angkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru.

Selepas berakhirnya bulan syaaban maka tiba pula bulan ramadan untuk umat Islam melakukan amal ibadah dan merebut pula malam lailatul Qadar. kita sebagai umat Islam perlulah mengejar 3 bulan tersebut untuk meningkatkan segala amalan kita kepada Allah S.W.T...

2 comments:

liyana said...

Syaaban merupakan bulan Islam yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.seperti bulan-bulan Islam yang lain contohnya Ramadhan, Rejab.Kita dapat lihat keindahannya jika kita tahu tentang keutamaan dan amalan-amalan yang perlu dilakukan di bulan Syaaban..Semoga kita dapat lagi menghayati apa yang terkandung dalam arikel ini mengenai keindahan bulan Syaaban ..

liyana said...
This comment has been removed by a blog administrator.