BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 3, 2009

" PERGAULAN BEBAS "


Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah S.W.T, saya mendoakan agar sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat dibawah payungan ilahi. Syukur kita kehadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini dalam keadaan yang aman dan harmoni. Apa yang ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat adalah mengenai isu penuntut IPT Islam sekarang, yang mana kita lihat pada hari ini banyak berlakunya pergaulan bebas, keluar malam berpeleseran dan sebagainya.


Hal ini merupakan gejala yang tidak sihat dan amat membimbangkan apabila mereka menganggap budaya pergaulan bebas itu tidak menyalahi undang-undang.


Kebebasan merupakan sesuatu yang dicari oleh manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan yang membuatkan manusia itu terbabas ke lembah yang hina, bebas daripada ikatan agama. Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi kerana tiadanya batasan antara lelaki dan perempuan sehingga boleh menyebabkan mereka terjerumus ke lembah maksiat. Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi janganlah sampai tidak terkawal akhirnya terjerumus kepada zina.


Berzina atau melakukan hubungan seks sudah menjadi perkara biasa dalam dunia kita hari ini, mereka menganggap ia soal peribadi. Percintaan tanpa batasan dan pergaulan yang bebas ini meyebabkan ramai golongan muda mudi terjebak dengan seks bebas sehingga mereka terlupa akan tujuan mereka datang ke universiti adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh sebagai bekalan pada masa akan datang. Pemuda harapan bangsa itulah cogan kata kita, tetapi adakah pemuda dan pemudi hari ini menjadi harapan seperti apa yang kita impikan?


Penuntut IPT sekarang lebih suka kepada pergaulan bebas sehingga ada yang terlibat dengan maksiat yang menyebabkan kaum wanita hamil dan dipihak lelaki mengambil jalan yang mudah dengan menyuruh melakukan pengguguran kerana tidak mahu bertanggungjawab. Keinsafan wanita untuk bertaubat dan melahirkan zuriat tersebut menyebabkan si lelaki terus menghilangkan diri dan memutuskan perhubungan.



Hal ini amat mnyedihkan bagi kaum hawa kerana mereka dijadikan bahan eksperimen buat lelaki…akhirnya, ramailah kaum wanita yang melahirkan anak luar nikah tanpa ada ikatan perkahwinan yang suci. Setelah melahirkan, si wanita memberikan anak tersebut kepada keluarga angkat dan meneruskan kehidupan yang baru dan melupakan segala kesengsaraan hidup bergelumang dengan dosa…. Sebagai pengajarannya, janganlah mudah terpengaruh dengan budaya luar dan sebagai wanita hiasilah diri itu dengan akhlak yang mulia dan jagalah kehormatan diri......


6 comments:

Anonymous said...

btl tu..
penuntut ipt skrg mmg sgt bebas..

fatimah said...

salam rohana, saya bersetuju seperti apa yang awak tulis dalam blog ini bahawa pada masa kini, remaja tidak lagi mementigkan batas-batas dalam pergaulan mereka diantara lelaki dan wanita. Ia dilihat seolah-olah menjadi satu perkara yang biasa dalam diri mereka. Oleh itu, didikan agama yang sempurna dari ibu bapa amatlah penting bagi mengelakkan perkara ini dari terus berlaku.

fatimah said...

salam rohana, saya bersetuju dengan artikel yang awat tulis dalam blog ini berkaitan pergaulan babas dikalangan peelajar IPT. Ini kerana, mereka bebas melakukan pelbagai perkara tanpa ada halangan daripada sesiapa, terutamanya daripada ibu bapa kerana mereka tinggal berjauhan daripada ibu bapa.

Anonymous said...

yer ana...mnusia skrg terlalu bebas tnpa fkir ms dpn mrk...tnpa fkir mruah dri mrk dan kluarga mrk...

bnyk yg b'suka ria tnpa mluangkan wlaupn sdikit ms utk mngingati Allah

zaida said...

yer ana...mnusia skrg terutm remaja terlalu bebas dan lalai dgn dunia yg smntra ni...

bg mrk...smua tidak kisah..asalkan mrk gmbira ngan keadaan 2 wlaupn hakikatnya bertntngn ngan Islam

zaida said...

mmg btl ana...kaum hawa dijadikan bahan eksperiment kaum laki...tpi.kbnykkn mrk tidak sdr n x mnjaga maruah mrk...

yela...ini kerna...bdy bebas brt tlh melanda ummat Islam yg lalai