BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

" POLITIK DAN AMANAH "


Golongan yang banyak terlibat dalam melaksanakan hukum adalah golongan politik yang memerintah negara. Mereka ini bertanggungjawab melaksanakan tugas negara dengan adil dan amanah. Hal ini menunjukkan politik Islam yang sebenar adalah memerintah dengan adil mengikut hukum Allah.


Kita sebagai rakyat diberi pilihan untuk melantik pemimpin yang amanah dan adil serta menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menasihati pemimpin yang zalim kerana ia merupakan jihad yang paling afdal. Jelaslah kepada kita, urusan pemerintahan hendaklah diserahkan kepada orang yang benar-benar layak dari segi iman, ilmu dan akhlak yang baik, bukan dipengaruhi oleh hubungan keluarga, harta, ugutan, terlibat dengan rasuah dan sebagainya.


Islam mendahului demokrasi Barat, memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin yang layak dan haram patuh kepada pemimpin yang zalim. Allah berfirman dalam surah Hud ayat 113 yang bermaksud: “ jangan sekali-kali cenderung kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu disentuh api neraka. ”


walaupun begitu, kita lihat sekarang dunia politik kita pada hari ini penuh dengan tipu daya, rasuah, penipuan dan sebagainya semata-mata untuk mendapat kemenangan diri sendiri dan bukan untuk kemaslahatan rakyat, akibatnya umat Islam sesama kita bergaduh dan tidak mahu bekerjasama untuk kemajuan umat Islam demi agama bangsa dan negara, hilanglah sikap kepimpinan yang adil dan amanah.


Remove Formatting from selection


2 comments:

Unknown said...

kita sekarang susah nk detect pemimpin y terlibat ngn salah guna kuasa cm rasuah coz org y bertanggungjawab pun cover pemimpin cmni tok stay dalam kerjaya mereka

zaida said...

yer...politik skrg penuh dgn kepalsuan...masing2 nak menang..
tnpa pk apekah motif dr kmnngan tersbt...adkh kejalan kbnrn or kmgkran