BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 3, 2009

nukilan hati...

Duhai sahabatku..
Aku selalu merinduimu,
Namun jarak yang jauh dan kesibukan menyebabkan kita semakin jauh,
Aku berdoa agar dirimu berada dibawah payungan Ilahi,
Semoga Allah merahmatimu,
Wahai sahabatku…

Masih jelas di ingatanku ketika kita sama-sama di alam persekolahan,
Ke sana ke sini,kau dan aku pasti berjalan bersama,
Sehingga rakan-rakan dan guru mengatakan kita sebagai kembar yang tidak dapat dipisahkan..
Namun,semua itu hanya sementara,
Aku dan kau berpisah juga,
Apabila aku mendapat tawaran menyambut pelajaran di Universiti,
Perasaan sedih bercampur gembira apabila diri ini berjaya menjejakkan kaki ke Universiti..

Duhai sahabat..
Hanya diri ini sahaja yang memahami dirimu..
Aku telah mendapat berita bahawa dirimu juga mendapat tawaran belajar,
Namun kerana kesempitan hidup kau tidak dapat menyambung pelajaranmu..
Aku turut bersimpati denganmu,
Namun, jauh disudut hati ini aku tetap mendoakan kejayaanmu..
Setelah beberapa tahun aku di Universiti dan berjaya mendapat pekerjaan,
Aku mendapat berita bahawa salah seorang sahabat yang aku sayangi telah kembali menghadap Ilahi,

Pada 1 mei 2009 jam 1.30 pagi sahabatku ( nurul Huda ) telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dan pada 30 mei 2009 itu juga adalah tarikh di mana sahabatku yang meninggal dunia itu akan melangsungkan perkahwinan..namun semua itu kuasa Allah kerana Dia lebih menyayangi sahabatku...marilah kita sama-sama mendoakan dan menyedekahkan al-fatihah buat sahabatku..semoga rohnya di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman...



Duhai sahabat..
Pada syawal yang datang kembali dengan seribu kegembiraan dan kesedihan,
Aku telah dipertemukan dengan sahabat yang amat aku sayangi dengan izin Allah Taala
Kami berbual panjang dan berkongsi cerita,
Aku amat terkejut apabila mengetahui bahawa dirimu telah memutuskan tali pertunangan yang baru menjejakkan usia hampir setahun,
Aku juga kagum dengan dirimu kerana tabah menghadapi saat kekecewaan di alam pertunangan yang mana di katakan sebagai tempoh seseorang itu untuk mengenali pasangan masing-masing..

Duhai sahabat..
Usahlah kau kecewa dan putus asa,
Kerana aku yakin suatu hari nanti pasti dirimu akan bertemu insan yang mencintai dirimu kerana Allah Taala...yakinlah janji Allah itu wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..bersabarlah wahai sahabatku di atas ujian yang menimpa dirimu..

2 comments:

Khairiah A Rahman said...

Assalamualaikum rohana..terharunya bila baca nukilan sajak ini..moga-moga sahabat ana ditempatkan dengan orang yang soleh..Allah SWT lebih menyayangi sahabatmu..untuk sahabatmu telah putus tunang, mamoga-moga sahabatmu dapat meneruskan kehidupan ini..

aziznasir said...

salam...

Setiap yang hidup, pasti akan pergi...

Pergi menghadap Maha Pencipta.Semoga bertemu kembali di syurga Allah S.W.T...

"Hidup ini penuh dngan ilusi hanya keikhlasan menjadi harta paling berharga"
Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan.
Tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan.

Allah S.W.T tidak akan membebani seseorang hambanya melampaui kemampuan mereka... semoga sahabat ana menemui seseorang yang melabuhkan cintanya kepada Allah S.W.T...

w'hualam.